HELSINKI, 2 Feb – Syarikat telekom Nokia berkata hari ini kemerosotan rangkaian jualan dan kos berpunca daripada pemerolehan dan persepaduan Alcatel-Lucent telah membawa kepada kerugian “mengecewakan” pada 2016.
Firma itu mencatat kerugian bersih sebanyak 766 juta euro pada tahun lalu, yang digambarkan oleh ketua eksekutif Rajeev Suri dalam satu kenyataan sebagai “tahun peralihan.”
Suri mengaku beliau berasa “kecewa” dengan keputusan 2016 namun berkata beliau menjangka prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun ini “tatkala keadaan pasaran bertambah baik.”
“Kami masih berada dalam kedudukan kewangan yang mantap,” kata ketua eksekutif.
Nokia telah mengalami proses perubahan radikal dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Pada 2013, ia membeli 50 peratus daripada rangkaian aktiviti daripada Siemens, Jerman, dan pada tahun berikutnya ia menghentikan pelaburan daripada perniagaan telefon bimbit.
Ia menjual unit pemetaan Here pada 2015 serta melengkapi perjanjian pada akhir tahun lalu untuk membeli Alcatel-Lucent, yang hanya mencatat keuntungan tahunan setahun sejak ditubuhkan pada 2006.
Nokia adalah pengeluar telefon bimbit terkenal di dunia di antara tahun 1998 dan 2011 tetapi diambil alih oleh pesaing Korea Selatan Samsung selepas gagal bertindak balas terhadap kebangkitan pesat telefon bimbit. – AFP