Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Rantau ASEAN dilanda 28 bencana pada minggu keempat

    JAKARTA, 30 Jan – Rantau ASEAN dilanda 28 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin pada minggu keempat tahun 2024.

    Menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA), bencana itu telah menjejaskan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

    Kemas kini mingguan Pusat AHA menunjukkan hujan monsun yang berterusan menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan di selatan Asia Tenggara.

    Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) melaporkan, banjir dan isu berkaitan angin di 14 wilayah dengan Nusa Tenggara Timur, Sulawesi, Sumatera Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Bangka Belitung, Kalimantan Utara, Sulawesi Tengah, Jawa Barat, Jawa Timur, Aceh, Riau, Sumatera Selatan dan Sumatera Utara antara yang paling terjejas teruk.

    Sementara itu di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir melanda Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor.

    Di Thailand, Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana melaporkan kesan banjir di wilayah Narathiwat di wilayah selatan telah menjejaskan sehingga 755 keluarga. Selain itu, agensi meteorologi Indonesia merekodkan empat gempa bumi melebihi 5 pada skala Richter.

    Agensi gunung berapi Indonesia pula melaporkan tiga aktiviti gunung berapi manakala di Filipina melaporkan empat aktiviti gunung berapi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...