Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Bagi memastikan kelancaran majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445H, raptai penuh bagi majlis berkenaan telah diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, pagi tadi.
Sambutan Ilal Hijrah 1445 dikendalikan bersama oleh KHEU, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Tema sambutan tahun ini ialah ‘Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera’ dan antara pengisian utama acara adalah bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Negara Brunei Darussalam dengan majoriti penduduknya beragama Islam dan seperti negara-negara Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan Awal Tahun 1445 Hijrah.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.