Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ratusan berarak menentang keganasan wanita di Kenya

    NAIROBI, 28 JAN – Ratusan orang berarak di Nairobi, kelmarin untuk membantah pembunuhan wanita di Kenya di mana lebih pebelasan wanita telah dibunuh bulan ini dalam kes yang mengejutkan negara tersebut.

    Mereka yang berkempen turun ke jalan-jalan di ibu negara sambil memegang sepanduk bertulis ‘Menjadi seorang wanita tidak sepatutnya hukuman mati’, ‘Patriarki membunuh’ manakala yang lain memaparkan nama dan gambar mangsa.

    “Berhenti membunuh kami,” mereka melaungkan ketika mereka berarak ke arah parlimen, menyebabkan lalu lintas terhenti di daerah pusat perniagaan Nairobi.

    Sekurang-kurangnya 16 wanita telah terbunuh di Kenya tahun ini, menurut laporan media, menyoroti keganasan terhadap wanita yang disifatkan kerajaan sebagai meningkat.

    Dalam salah satu kes yang mendapat perhatian seluruh negara, seorang wanita berusia 26 tahun dibunuh pada 4 Januari di sebuah apartmen sewa jangka pendek oleh seorang suspek yang menurut polis adalah sebahagian daripada kumpulan pemerasan yang menyasarkan wanita melalui laman temu janji.

    Hampir dua minggu kemudian, seorang wanita berusia 20 tahun dicekik, dikerat dan mayatnya disumbat ke dalam beg plastik.

    Pembunuhan yang mengerikan itu mencetuskan kejutan di seluruh negara, termasuk ketua ahli patologi kerajaan, Johansen Oduor yang berkata dia tidak pernah terserempak kejadian sedemikian sepanjang kerjaya forensik selama dua dekad.

    Dua lelaki berada dalam tahanan polis berhubung kes itu tetapi masih belum didakwa.
    “Pembunuh wanita adalah manifestasi paling kejam keganasan berasaskan jantina,” kata Amnesty International Amnesty dalam satu kenyataan menjelang perarakan. – AFP

    Para aktivis menjerit ketika mereka berdemonstrasi di Daerah Pusat Perniagaan menentang peningkatan yang membimbangkan dalam pembunuhan wanita muda di Nairobi pada 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...