Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ratusan disaran jalani ujian radiasi

    SEOUL, 21 FEB – Penyokong hak asasi manusia hari ini menggesa Korea Selatan menjalankan ujian terdedah radiasi kepada beratus-ratus pelarian Korea Utara yang tinggal berhampiran tapak ujian nuklear negara itu.

    Ujian dijalankan oleh kerajaan Korea Selatan ke atas 40 orang dalam 2017 dan 2018 mendapati sekurang-kurangnya sembilan daripadanya mengalami keabnormalan yang boleh menunjukkan pendedahan radiasi tinggi, namun Kementerian Penyatuan Korea Selatan mengatakan satu kesimpulan kepada aktiviti nuklear Korea Utara tidak dapat disahkan dan beberapa faktor lain boleh membawa kepada keabnormalan itu seperti usia, tabiat merokok atau jenis pendedahan kepada kimia lain.

    Ujian radiasi Korea Selatan kemudiannya tidak diteruskan.

    Kumpulan Kerja Keadilan Transisi yang berpangkalan di Seoul telah mengemukakan bahawa enam letupan nuklear Korea Utara boleh menyebarkan bahan radioaktif melalui air dalam lingkungan 40 kilometer dari fasiliti nuklear Punggye-ri berdasarkan penemuan dan analisis data geografi dan bancian mereka sendiri.

    Kumpulan tersebut mengatakan lebih daripada sejuta orang tinggal di kawasan tersebut bergantung kepada air bawah tanah dan perigi kerana air paip sangat terhad di luar ibu negara, Pyongyang dan beberapa bandar lain.

    Gambar fail tapak ujian nuklear Korea Utara yang dimusnahkan di Punggye-ri, Korea Utara pada Mei 2018. Penyokong hak asasi manusia menggesa Korea Selatan menjalankan ujian radiasi kepada ratusan pelarian Korea Utara yang tinggal berhampiran tapak ujian nuklear. – AP

    Korea Utara menolak kebimbangan keselamatan yang berkaitan dengan ujian nuklearnya, menyatakan bahawa persekitaran ujian setiap kali dikawal sepenuhnya dan tiada kebocoran radioaktif dikesan.

    Negara itu membenarkan wartawan asing untuk merakamkan letupan beberapa terowong di tapak pada tahun 2018 tetapi tidak pernah membenarkan pemeriksa nuklear antarabangsa melawat tapak ujian Punggyeri.

    Kementerian Penyatuan Seoul, yang menguruskan hal ehwal dengan Utara, berkata dalam kenyataan bahawa ia akan menimbang semula ujian tersebut jika pelarian Korea Utara mengalami masalah kesihatan atau meminta pemeriksaan.

    Kumpulan penyokong tersebut mengatakan rekod Korea Selatan menunjukkan hampir 900 orang dari kawasan di sekitar tapak Punggyeri melarikan diri ke Korea Selatan sejak ujian nuklear pertama Utara pada tahun 2006.

    Ia mengatakan bahawa mengembalikan ujian radiasi untuk mereka adalah penting kerana kekurangan akses ke fasiliti nuklear Korea Utara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...