Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan ditahan, 14 artis angkat sumpah

    JAKARTA, 1 OKT – Lebih 500 orang ditangkap selepas pertempuran di bandar Indonesia di tengah-tengah bantahan seluruh negara terhadap reformasi pecah belah – termasuk perubahan undang-undang seks sebelum perkahwinan dan melonggarkan agensi antirasuah – kata pihak berkuasa hari ini.

    Penangkapan itu muncul selepas malam-malam pertempuran jalanan antara polis rusuhan dan pembantah melontar batu – kebanyakannya pelajar universiti dan instituti tinggi – di pusat bandar Jakarta.

    Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan hari ini ketika kira-kira 575 Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah di bangunan parlimen yang dikawal ketat. Menurut agensi berita Bernama, antara yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019 hingga 2024 hari ini itu adalah 14 artis Indonesia.

    Antara 14 artis itu, dua daripadanya adalah penyanyi yang turut popular di Malaysia iaitu Krisdayanti dan penyanyi lagu ‘Mahkluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela.

    Proses angkat sumpah bermula 10 pagi tadi itu di dilakukan di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr H. M. Hatta Ali, di bangunan parlimen Indonesia. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda