Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Ratusan penganut Buddha ‘terangi’ Sungai Progo, Yogyakarta

    YOGYAKARTA, 22 MEI – Ratusan penganut Buddha berkumpul di sepanjang tebing Sungai Progo yang terletak kira-kira dua kilometer (km) timur candi Borobudur, Yogyakarta di sini malam kelmarin untuk menerangi air dengan cahaya pelita.

    Acara yang dikenali sebagai Larung Pelita Purnama Siddhi ini berlangsung sebagai sebahagian daripada Festival Keamanan dan Kemakmuran Borobudur 2024.

    Ahli Majelis Umat Nyingma Indonesia (MUNI), Ricky Surya Prakasa berkata, ritual itu dikenali sebagai simbol pencerahan untuk semua makhluk dan doa untuk keamanan dunia.

    “Pelita akan dilepaskan selepas tiga stupa besar dilepaskan, yang melambangkan Triratna (tiga permata) ke dalam sungai.

    “Kami juga akan memakai sarung (kain batik, sejenis kain tradisional panjang yang diikat di pinggang); ia sangat cantik, yang merupakan pakaian budaya kami untuk melakukan ritual di sungai,” katanya ketika ditemui di Candi Borobudur di sini.

    Gambar AFP

    Beliau berkata acara seperti Larung Pelita Purnama Siddhi bertujuan untuk menyatukan orang ramai dalam perayaan bersama warisan spiritual manusia.

    Sementara itu, para penganut Buddha yang berpakaian tradisional, berkumpul berhampiran Candi Pawon, sebuah kuil Buddha yang penting di rantau ini.

    Dipimpin oleh sami yang melantunkan doa purba, perarakan menuju ke Sungai Progo, laluan air suci yang dihormati oleh penganut Buddha kerana kepentingan spiritualnya.

    Sepanjang perjalanan, nyalaan api yang berkelip-kelip memancarkan cahaya lembut, mewujudkan suasana halus yang seolah-olah melangkaui masa dan ruang.

    Setibanya di tebing sungai, para penganut kemudian melepaskan persembahan bercahaya mereka ke permukaan air. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...