Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rayuan ‘haruan makan anak’ ditolak

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Mahkamah Rayuan kelmarin, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 15 sebatan bagi kesalahan seksual sumbang mahram yang dilakukan seorang bapa terhadap dua anak perempuannya.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, bersama Hakim Michael Peter Burrell dan Hakim Conrad Seagroatt, berkata hukuman yang dijatuhkan adalah wajar dan ‘boleh dijustifikasikan berdasarkan keseriusan faktor kolektif yang wujud’.

    Timbalan Pendakwa Raya, Rozaimah Abdul Rahman dan Pendakwa Raya, Atiyyah Abas membantu Mahkamah Rayuan dalam menjawab rayuan, menyediakan undang-undang kes dan membantah permohonan itu.

    Kes itu telah ditetapkan sebagai garis panduan hukuman baharu bagi kes rogol sumbang mahram, berbeza daripada satu lagi kes yang ditetapkan 20 tahun lalu, menjadikannya kes penting.

    Selepas perbicaraan, perayu disabitkan bersalah merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 14 tahun dalam dua kejadian, melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang sama pada usia 15 tahun dalam tiga kejadian, mendorongnya menonton video lucah dalam satu kejadian dan menyerangnya secara seksual dengan memasukkan sesuatu objek ke dalam alat sulitnya pada satu kejadian.

    Dia juga didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian dengan melakukan perbuatan seksual ke atasnya dan merogolnya dalam dua kejadian.

    Peguam Nuratikah Haji Omar dari Tetuan (Messrs) Ridzlan dan Co yang mewakili perayu mencabar keputusan mahkamah, memetik hukuman itu adalah keterlaluan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama perayu.

    “Sepuluh kesalahan berasingan itu dilakukan oleh perayu dalam tempoh kira-kira tiga tahun (antara 2017 hingga 2019) terhadap dua anak perempuannya di rumah keluarga dan perbuatannya adalah amat berat dan mengejutkan,” mahkamah membuat kesimpulan sekali gus menolak rayuan itu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...