Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    RBC tamatkan kontrak Johnson, McDowell

    LOS ANGELES, 2 JUN – Royal Bank Canada (RBC) telah menamatkan tajaannya untuk pemain golf, Dustin Johnson dan Graeme McDowell selepas mereka terlibat dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Saudi, acara Siri Jemputan Golf LIV di England, kelmarin.

    Pertandingan golf tersebut akan bermula pada 9 Jun ini di England, hari yang sama dengan Terbuka Kanada RBC di Toronto diadakan.

    Sehari selepas Terbuka RBC mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka kecewa dengan bekas pemain nombor satu dunia, Johnson yang membuat keputusan untuk beraksi di padang LIV. Sementara itu, RBC sendiri telah mengesahkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Johnson dan juara Terbuka AS 2010, McDowell.

    “Hasil daripada keputusan yang dibuat oleh pemain golf profesional tersebut, Dustin Johnson dan Graeme McDowell untuk bermain dalam perlawanan pembukaan Siri Jemputan Golf LIV, RBC telah menamatkan perjanjian penajaannya dengan kedua-dua pemain,” kata RBC dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, sambil menambah mereka mendoakan kejayaan dalam usaha masa hadapan mereka. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Dustin Johnson semasa bermain dalam pusingan kedua RBC Heritage di Harbor Town Golf Link di Carolina Selatan pada 15 April 2022. RBC telah menamatkan kontrak tajaannya selepas dia menyertai kejohanan LIV. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...