Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    RCB luang masa bersama Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 13 SEPT – Ahli Kelab Rotary Belait (RCB) kelmarin berpeluang untuk meluangkan masa bersama pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di Daerah Belait sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah kelab itu.

    Mengetuai rombongan kelab RCB itu ialah presiden baharu mereka, Patricia Bong yang turut disertai oleh ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli kelab mereka.

    Dalam ucapan pembukaannya, Patricia menyatakan bahawa lawatan itu merupakan salah satu daripada banyak aktiviti kebajikan mereka, di mana mereka melawat dan berinteraksi dengan masyarakat setempat sambil menyumbang kembali kepada mereka, selaras dengan misi kelab untuk berbakti kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan.

    Semasa lawatan mereka, kumpulan itu berinteraksi dengan pelajar Pusat Ehsan melalui pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, dengan hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh pengerusi penganjur lawatan, Alice Chan.

    Sijil penghargaan turut disampaikan kepada wakil Pusat Ehsan Kuala Belait pada akhir majlis bagi memperingati lawatan kelab tersebut.

    Antara aktiviti yang disediakan semasa majlis berkenaan.- GAMBAR SERAHAN RCB
    Patricia Bong bergambar ramai semasa majlis itu. – GAMBAR SERAHAN RCB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda