Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    RCI Btu Puteh bolehkan siasatan lanjut – Azalina

    PENAMPANG, 26 JAN – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membolehkan siasatan lebih lanjut dapat dilakukan bagi mengetahui hal sebenar yang berlaku dalam isu berkenaan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.

    “Isu kedaulatan tidak boleh diputuskan oleh seorang saja, tidak boleh silap mengenai kedaulatan, apa yang berlaku dalam soal tuntutan Sulu di Sabah adalah sesuatu kita kena belajar.

    “Kedaulatan adalah berkaitan sempadan, pulau, ia berkaitan banyak perkara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program ‘Justice On Wheels’ di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, hari ini.

    Katanya, RCI juga akan membantu kerajaan untuk mencari proses dan prosedur serta menentukan agensi mana yang bertanggungjawab dalam perkara melibatkan kedaulatan negara.

    Beliau berkata walaupun Pasukan Petugas Khas telah mempunyai keputusan berhubung perkara itu namun ia masih di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan belum didedahkan kepada umum.

    Azalina berkata RCI ini lebih terbuka dan rakyat perlu memahami geopolitik negara dan apa yang berlaku dengan kes Batu Puteh ketika dikendalikan oleh kerajaan sebelum ini tidak boleh berlaku ke atas pulau-pulau lain di bawah kawalan negeri atau persekutuan.

    Justeru, katanya, kementeriannya akan membentangkan Akta Imuniti Negara pada persidangan Parlimen akan datang bagi memastikan negara mempunyai perlindungan daripada sebarang ancaman terhadap kedaulatan Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Azalina Othman Said menghadiri Program Ruang Bicara sempena Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Wisma Bernama pada 4 Disember 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...