Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tetap romantis walau tak berpegangan

    Pada saat nama mula melonjak popular, pelakon Wanna Ali memilih langkah selamat agar tidak timbul kontroversi menggugat reputasinya.

    Justeru, Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali sentiasa menghormati dan menjaga batasan apabila menjayakan sesebuah naskhah dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

    Perkara itu dibuktikan Wanna menerusi lakonannya bersama Alif Satar dalam drama Bukan Sekadar Lafaz yang disiarkan di slot Akasia, TV3, tahun lalu.

    Aktres berusia 27 tahun itu tetap menerima maklum balas positif apabila berjaya menghidupkan babak romantis walaupun tiada babak bersentuhan keterlaluan.

    “Kami pasti berlapik kalau ada babak bersentuhan. Saya tidak minta Alif pegang tangan saya kerana sebagai pelakon, saya perlu menghormati statusnya sebagai suami orang.

    “Saya tahu apabila berlakon dengan Alif tak boleh ada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormatinya, isteri dan prinsipnya.

    “Lagipun, kalau seseorang sudah ada pasangan, kita memang tidak digalakkan melakukan babak bersentuhan.

    “Bagaimanapun, saya bersyukur penonton masih boleh merasai kemesraan yang dibawakan pada setiap episod,” katanya kepada BH Online.

    Biarpun begitu, Wanna tetap bersyukur apabila drama Bukan Sekadar Lafaz dapat sambutan positif selepas selesai 20 episod ditayang.

    “Alhamdulillah, drama ini diterima baik oleh semua lapisan penonton. Cuma mungkin waktu tayangannya kurang sesuai kerana kita semua tengah berduka dengan nasib menimpa rakyat Palestin.

    “Tapi, saya perlu berterima kasih kepada penonton kerana terus setia menyokong dan berikan maklum balas positif mengenai drama ini.

    “Malah, saya terima banyak mesej peribadi pengikut yang berdepan penyakit Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS) seperti dalam watak yang saya jayakan,” katanya. – Agensi

    Wanna sentiasa menghormati dan menjaga batasan apabila menjayakan sesebuah naskhah dengan pelakon lelaki berstatus suami orang. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...