Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekaan berunsur Islamik jadi pilihan Mr Brown

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Rekaan yang mengetengahkan seni Islamik dan penuh patriotik telah dipilih sebagai pemenang Pertandingan Reka Bentuk Botol Mr Brown yang diadakan baru-baru ini.

    Penyampaian hadiah kepada pemenang, penuntut berusia 24 tahun, Dayang Syakirah binti Jamali telah diadakan baru-baru ini, yang mana beliau menerima bekalan Mr Brown Coffee selama setahun dan karya seninya itu akan dicetak pada edisi terhad Hari Raya bagi botol Mr Brown yang akan dilancarkan semasa bulan Ramadan tahun ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pertandingan berkenaan memberi peluang kepada pereka-pereka dan artis tempatan untuk menunjukkan bakat-bakat mereka dan menghasilkan rekaan botol ikonik mereka sendiri.

    Pengurus Aiking Trading Company Sdn Bhd dan Dayang Syakirah bergambar bersama rekaannya.
    Pengurus Aiking Trading Company Sdn Bhd dan Dayang Syakirah bergambar bersama rekaannya.

    Mr Brown Coffee sangat terkenal di negara ini, oleh itu pertandingan berkenaan menerima penyertaan yang sangat menggalakkan namun karya Dayang Syakirah adalah yang paling menonjol antara semuanya.

    Dengan minatnya bagi seni Islamik dan semangat patriotisme, rekaan beliau diinspirasikan oleh corak-corak geometri Islamik serta bunga kebangsaan Brunei iaitu Simpur.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda