BINTULU, 24 NOV – Remaja yang hilang selepas dibawa arus di pantai kampung nelayan Batu Mandi dekat sini petang semalam ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden, Nixon Joshua Ali berkata mayat Valentino Austin Richie, 18, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lebih kurang satu batu nautika dari pesisir pantai pada 9:18 pagi tadi.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa merupakan warga tempatan yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian. – Bernama