Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Renault henti pengeluaran enjin F1 2026

    PARIS, 1 OKT – Renault akan menghentikan pengeluaran enjin Formula Satu (F1) bermula pada 2026, sekali gus menamatkan hampir 50 tahun penyertaan dalam perlumbaan berprestij itu, menurut pengumuman pasukan Alpine, kelmarin.

    Keputusan itu telah dijangka sejak bekas ketua pasukan Alpine, Bruno Famin, memberi bayangan mengenainya pada Julai lalu. Alpine akan kembali menjadi pasukan pelanggan buat kali pertama sejak 2015 apabila mereka akan menggunakan unit kuasa Mercedes mulai 2026.

    Renault mula menyertai F1 pada 1977, di mana mereka memperkenalkan enjin turbo kepada sukan permotoran itu dan telah memenangi lima gelaran pemandu serta enam gelaran pengeluar sepanjang penyertaan mereka. Kilang enjin F1 Renault di Viry-Chatillon, berhampiran Paris, akan ditukar menjadi pusat kejuruteraan untuk pembangunan kereta Renault dan Alpine pada masa akan datang.

    Menurut kenyataan Alpine, “Aktiviti Formula Satu di Viry, kecuali pembangunan enjin baharu, akan diteruskan sehingga penghujung musim 2025.” – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda