Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Thailand berminat jadi tuan rumah perlumbaan F1 di Bangkok

    BANGKOK, 23 APRIL – Thailand berminat untuk menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 (F1) di Bangkok, dengan Perdana Menteri Srettha Thavisin telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada pengurusan tertinggi Kumpulan Formula Satu kelmarin.

    Sretta dalam hantarannya di laman X berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Formula Satu  Stefano Domenicali pada Isnin mengenai kemungkinan mengembangkan perlumbaan F1 ke Thailand.

    “Saya berpeluang membincangkan dengan Stefano Domenicali, yang sudi berkunjung ke Thailand atas jemputan kerajaan untuk mengkaji peluang dan meneroka kemungkinan menganjurkan perlumbaan di jalan raya atau litar F1 di Thailand,” katanya.

    Srettha berharap agar lawatan ke Thailand ini akan memberikan syarikat itu dengan perspektif dan peluang untuk meneroka laluan yang menunjukkan potensi Thailand menjadi tuan rumah F1. 

    Media tempatan melaporkan eksekutif Kumpulan Formula Satu berada di Bangkok untuk mengkaji laluan perlumbaan berpotensi atas jemputan Kerajaan Thailand. 

    Srettha menegaskan Thailand mempunyai potensi menjadi tuan rumah perlumbaan F1 di Bangkok dan kerajaan bersedia untuk menyokongnya. 

    “Jika berjaya, saya yakin negara kami akan menjadi tuan rumah yang  hebat dalam pertandingan ini dengan potensi, kemudahan dan keramahan rakyat Thailand,” katanya. – Bernama

    Penonton menghadiri Grand Prix Formula Satu China di Litar Antarabangsa Shanghai di Shanghai pada 21 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...