Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Renault lancar pembaikan pulih operasi

    PARIS, 8 NOV – Syarikat pengeluar kereta Perancis Renault melancarkan program pembaharuan hijau hari ini, dengan memecah operasinya kepada dua bahagian: unit kenderaan elektrik baharu dan subsidiari untuk kereta petrol dan hibrid yang akan bergabung dengan syarikat Geely di China.

    Divisyen baharu selepas penyusunan semula itu akan dikenali sebagai Ampere, dengan matlamat mengeluarkan satu juta kenderaan elektrik pada 2031, kata kumpulan itu sebelum hari pelabur di Paris.

    Divisyen baharu itu akan menggaji kira-kira 10,000 kakitangan di Perancis.

    Usaha pembaikan pulih itu diadakan di tengah jangkaan pasaran kenderaan elektrik akan berkembang pesat dalam respons terhadap kebimbangan pengguna mengenai perubahan iklim, justeru memberikan tekanan ke atas pengeluar kereta untuk membangunkan produk lebih bersih.

    Ampere akan menghasilkan Renault 5 dan Renault 4 sebagai model baharu di utara Perancis dan akan menyasarkan pertumbuhan lebih 30 peratus setahun dalam tempoh lapan tahun akan datang.

    Renault berkata ia akan menyenaraikan Ampere di bursa saham Euronext Paris pada separuh tahun kedua 2023 dan memulakan pelaburan tetapi akan mengekalkan ‘pegangan majoriti’.

    Untuk kenderaan hibrid dan bahan api bakar, Renault merancang menggabungkan kepakaran teknologi, pengeluaran serta penyelidikan dengan pengeluar Geely. – AFP

    Pelawat melihat kereta yang dikeluarkan Geely di Pameran Kereta 2020 di Beijing. Renault dan Geely mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan kenderaan hibrid dan diesel. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...