Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara sangkal tuduhan AS

    SEOUL, 8 NOV – Korea Utara hari ini berkata dakwaan yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) bahawa Pyongyang membekalkan peluru artileri ke Moscow untuk peperangan di Ukraine adalah tidak berasas, menurut laporan media negara KCNA.

    Kritikan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di semenanjung Korea selepas beberapa siri ujian senjata oleh Korea Utara minggu lalu, termasuk peluru berpandu balistik antara benua, ketika AS dan Korea Selatan menjalankan latihan tentera udara terbesar. AS dan Korea Selatan sudah memberi amaran terhadap siri pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara yang boleh memuncak dengan ujian nuklear.

    Kenyataan yang dikeluarkan hari ini menafikan dakwaan oleh jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, John Kirkby, yang berkata artileri dari Korea Utara ke Rusia akan disembunyikan dalam penghantaran ke Timur Tengah atau Afrika. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik pada 24 Mac lalu. Korea Utara menolak dakwaan AS bahawa Pyongyang membekalkan peluru artileri ke Moscow. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...