Sunday, January 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Republikan ramal menang majoriti

    MOSCOW, 8 NOV – Parti Republikan AS berkemungkinan menguasai kawalan ke atas kedua-dua dewan Kongres, menguasai 237 daripada 435 kerusi di Dewan Perwakilan dan 51 daripada 100 kerusi di Dewan Senat, lapor Sputnik.

    Risalah politik online Crystal Ball Sabato dalam ramalan pilihan rayanya pada Selasa berkata Parti Demokrat mungkin memenangi 198 kerusi di Dewan Rakyat dan 49 kerusi di Dewan Negara.

    Ia berkata dalam pilihan raya gabenor yang turut berlangsung pada Selasa serentak dengan pilihan raya separuh penggal, Republikan mungkin memperoleh sokongan daripada 29 negeri AS berbanding 21 untuk Demokrat. – Bernama

    Pelbagai papan tanda kempen dipamerkan di luar lokasi mengundi Sekolah Rendah Rydal di Rydal, Pennsylvania kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda