Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    RHB lancar Hari Media Kelestarian

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Dalam memberikan peluang kepada para pengamal media mengenai strategi dan pelan hala tujunya serta memahami cara kumpulan membentuk hari yang lebih cerah, RHB telah menganjurkan Hari Media Kelestarian Sulung RHB: Maju ke arah Hari Esok yang Lebih Cerah secara maya menggunakan platform Zoom, hari ini.

    Semasa taklimat itu, ahli media berpeluang mempelajari mengenai laluan RHB untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050, di samping komitmen terhadap amalan perbankan yang bertanggungjawab dan bagaimana kumpulan berkenaan bercita-cita membina masa depan yang lebih mampan untuk pelanggan, pekerja dan komuniti.

    Taklimat tersebut termasuk penjelasan tentang pelbagai program dan inisiatif RHB dalam menangani isu kritikal seperti perubahan iklim, rangkuman kewangan dan pembangunan komuniti.

    RHB dalam siaran akhbar turut menyatakan, Kumpulan Perbankan RHB sedang melakar hala tuju yang berani ke arah masa depan yang positif iklim dengan mendedahkan laluan komprehensif untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    Matlamat bercita-cita tinggi itu menyelaraskan RHB dengan peralihan ASEAN yang adil dan bertanggungjawab untuk ekonomi rendah karbon.

    Turut hadir pada sesi taklimat secara maya itu ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad dan Ketua Pegawai Kelestarian dan Komunikasi, Kumpulan Perbankan RHB, Norazzah Sulaiman serta pasukan pengurusan kanan Kumpulan Perbankan RHB.

    Mohd Rashid dan Norazzah semasa mengikuti acara tersebut secara maya menerusi Zoom. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...