Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    4 hari Lana Nodin tidak boleh bangun

    Pelakon Malaysia, Lana Nodin terkena jangkitan kuman pada bahagian usus sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang, kelmarin. 

    Memetik laporan mStar, Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 46, berkata, beliau mula mengalami simptom sakit perut sejak beberapa hari lalu sebelum dikejarkan ke hospital. 

    “Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya daripada mana. Mungkin salah makan.

    “Saya tak boleh bangun sudah sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak,” katanya. 

    Lana berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada lewat petang kelmarin. 

    Dalam keadaan masih lemah dan batuk-batuk, Lana memberitahu beliau kini masih mendapatkan rawatan antibiotik.

    Pelakon berkenaan turut memohon doa orang ramai agar beliau segera sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. 

    “Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga,” ujarnya. 

    Sebelum ini pengurus kepada Lana memaklumkan aktres berkenaan perlu menerima rawatan di hospital namun ketika itu masih belum dipastikan sakit sebenar dihidapi pelakon berkenaan. – Agensi

    Lana kini sedang menerima rawatan di hospital. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...