Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ria Ricis dah berubah sejak kahwin

    Pendakwah selebriti terkenal dari Indonesia, Oki Setiana Dewi akui seronok melihat adiknya iaitu Ria Ricis yang kini bahagia selepas berkahwin dengan Teuku Ryan.

    Menurut laporan Tabloid, Oki bagaimanapun berkata dia mula merindui adiknya yang dahulu yang menjadi tempat bermanja.

    Berkongsi cerita keakraban mereka, Oki dilihat tidak mampu
    menahan sebak hingga menitiskan air mata.

    “Ria Ricis selalu sangat WhatsApp saya jika ada apa-apa, walau hal kecil-kecil,” kata Oki semasa temu bual di sebuah program di YouTube.

    Mendengar luahan ikhlas Oki itu, Ria menjelaskan dia jarang menghubungi kakaknya kerana lebih banyak berkongsi cerita dengan suami.

    Malah, Ria juga dilihat terharu dan menangis mendengar luahan kakaknya itu.

    “Bukan… sebenarnya sekarang lebih banyak cerita sama abang (Ryan),” jawab Ria Ricis.

    Ria Ricis dan Teuku Ryan berkahwin pada 12 November lalu. – Agensi

    Oki (kanan) seronok melihat kebahagiaan adiknya Ria Ricis selepas berkahwin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda