Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribuan sertai raptai Hari Kebangsaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Jelas terpancar semangat patriotisme, cinta dan taat kepada raja dan negara dalam diri setiap peserta yang sama-sama hadir untuk menjayakan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39.

    Ribuan peserta membanjiri ibu negara dari awal pagi lagi untuk memastikan upa-cara perhimpunan dan sambutan pada 23 Februari nanti akan berjalan dengan lancar serta teratur dalam latihan sepadu upacara perhimpunan agung berkenaan yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Latihan sepadu berkenaan menyaksikan penyertaan tujuh buah kumpulan yang melibatkan kira-kira 3,900 orang peserta iaitu Kepala Perbarisan, Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Sektor Awam dan Swasta, Sektor Pendidikan, Pergerakan Awam dan Pasukan Cemerlang.

    Latihan turut menyaksikan acara persembahan padang bertajuk ‘Warisan Budaya: Jati Diri Bangsa’ yang mengetengahkan persembahan lagu-lagu tradisional dan patriotik yang akan dipersembahkan oleh seramai 2,839 orang peserta dan 120 orang pemuzik tradisional merangkumi pelbagai peringkat umur.

    Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, mengekalkan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’ yang kekal relevan kerana dalam perjalanan kita mencapai matlamat Wawasan Brunei 2023 sebagai orang Brunei, kita mesti mempunyai keupayaan, maruah dan martabat yang tinggi, menerusi manifestasi norma dan nilai keBruneian berlandaskan agama Islam dan berpandukan pegangan Ahli Sunah Waljamaah.

    Tema sambutan menekankan warisan budaya sebagai jati diri bangsa yang sentiasa relevan dengan pembangunan negara dan bangsa. Warisan budaya masyarakat Brunei lahir daripada ekspresi budaya yang dinamik, selaras dengan aliran zaman dan teknologi tetapi murni dan halus dalam mendukung peradaban serta tatasusila yang sopan dan indah.

    Lafaz ikrar Hari Kebangsaan oleh 39 orang pembaca termasuk orang kelainan upaya, diketuai oleh Pegawai Kerja, Kementerian Pertahanan, Awangku Mohd Nazirul Mubin bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
    Ribuan peserta membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pagi kelmarin bagi menyertai latihan sepadu demi memastikan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 pada 23 Februari ini akan berjalan dengan lancar serta teratur. Dengan mengekalkan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’ acara pada hari tersebut nanti akan menampilkan persembahan padang bertajuk ‘Warisan Budaya: Jati Diri Bangsa’ diserikan dengan lagu-lagu tradisional dan patriotik daripada 2,839 peserta dan 120 pemuzik tradisional. – Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...