Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Riena terkilan penggambaran ditangguhkan

    Terbit perasaan terkilan di hati pelakon dan pengacara, Riena Diana apabila penggambaran drama Cinta Buat Dara terpaksa ditangguhkan selama tiga hari disebabkan mendapat jangkitan Influenza A.

    Bagaimanapun, Riena memaklumkan, dia kini sudah sembuh daripada jangkitan virus berkenaan.

    Riena berkata, pengalaman dilalui ketika dijangkiti virus berkenaan boleh disifatkan agak teruk.

    “Alhamdulillah, saya sudah sembuh tetapi belum sihat sepenuhnya. Saya menerima kesan yang panjang daripada jangkitan COVID juga.

    “Namun, saya rasa serangan Influenza A jauh lebih teruk daripada COVID.

    Riena berkata, pengalaman dilalui ketika dijangkiti virus berkenaan boleh disifatkan agak teruk. – Agensi

    “Dan, sedang menjayakan drama Cinta Buat Dara ketika dijangkiti. Jadi, apa yang membuatkan saya rasa ralat penggambaran dihentikan selama tiga hari.

    “Saya rasa sudah menyusahkan pasukan produksi. Mujur kesihatan kembali sembuh selepas tiga hari,” katanya kepada media.

    Selepas mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pada Jun lalu, Riena berkata, dia memberikan fokus kepada kerjaya lakonan, selain aktif dalam bidang pengacaraan.

    Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia kini boleh menerima tawaran lakonan dan pengacaraan yang memerlukan komitmen panjang memandangkan masa lebih fleksibel.

    “Selepas berhenti sebagai penyampai radio, saya mahu fokus kepada lakonan. Namun, saya tidak akan menolak sekiranya ada tawaran bidang pengacaraan.

    “Sebelum ini, saya pernah mengendalikan program By The Sea musim kedua. Menerusi program ini, saya menjelajah beberapa pulau yang jauh di beberapa negeri.

    “Jadi, sekarang juga boleh melakukan kerja penggambaran di luar Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Cinta Buat Dara secara virtual, baru-baru ini.

    Terdahulu, Riena bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Sean Lee menerusi drama Cinta Buat Dara yang disiarkan dalam slot Lestary di TV3, jam 9 malam, bermula 24 Ogos ini.

    Berkongsi mengenai watak lakonan yang lebih banyak ke arah komedi, Riena berkata, pengalaman membintangi drama Kampung People memberikan kesan pada personaliti dirinya.

    “Sebelum berlakon menerusi drama Kampung People, saya memang tak kelakar, malah, bersikap introvert.

    “Saya pernah berlakon dengan Syafiq menerusi drama Nur, namun, kurang bergaul.

    “Tetapi, drama Kampung People mengubah personaliti saya dan menemui sisi berbeza, iaitu seorang yang lebih ceria.

    “Jadi, saya terbawa-bawa watak ini hingga hari ini. Ia membuatkan sukar menjayakan watak berat, tetapi sebagai pelakon, saya cuba menjadi versatil,” katanya mencabar diri dengan mengambil kelas demi menjayakan watak Dara yang juga pemain papan luncur. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...