Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Muhammed Awal Mustapha bergelar jutawan pada usia muda

    ABUJA, 19 OGOS – Seorang kanak-kanak lelaki di Nigeria digelar ‘jutawan termuda di dunia’ selepas memiliki sebuah kereta dan rumah agam pada usia yang muda.

    Daily Star melaporkan Muhammed Awal Mustapha yang berusia 10 tahun, telah dihadiahkan rumah agam pertamanya ketika baru berusia enam tahun serta mempunyai wang simpanan yang banyak.

    Muhammed Awal Mustapha dilaporkan mempunyai aset bernilai lebih 12 juta pound sterling iaitu kira-kira enam bilion dalam Naira Nigeria. Justeru, secara teknikal ia menjadikannya sebagai jutawan di negaranya.

    Anak tunggal kepada bintang internet, Ismaila Mustapha atau ‘Mompha Senior’, kanak-kanak itu dilihat suka memakai pakaian berjenama.

    “Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

    “Memiliki rumah adalah perasaan yang menjadikan kehidupan seharian berbaloi untuk dihadapi,” jelas Ismaila Mustapha.

    “Selepas mengharungi masa sukar dan senang, awak pasti memerlukan suatu tempat untuk pergi…tempat yang yang tidak akan pernah menilai awda dan sentiasa menjemput awda dengan tangan terbuka.

    “Tahniah anak saya atas rumah baharu awak. Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah,” tambah Mompha Senior selepas menghadiahkan rumah kepada anaknya.
    Mompha Junior sering memuat naik gambar di media sosialnya.

    Ia termasuk gambar di hadapan kereta mahal seperti Lamborghini Aventador. – Agensi

    Muhammed Awal Mustapha dihadiahkan sebuah kereta dan rumah agam oleh bapanya, Ismaila Mustapha. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...