Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky jual kereta Ferrari sebab jarang pandu

    Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama pelakon Indonesia, Rizky Billar menjadi bualan ramai selepas dilaporkan menjual kereta mewah jenama Ferrari miliknya dianggar bernilai RM1 juta.

    Rizky atau Muhammad Rizky terpaksa mengambil keputusan melepaskan kenderaan berwarna kuning itu meskipun mempunyai nilai sentimental bersama isterinya iaitu Lesti Kejora.

    Menurut Rizky, meskipun berat buatnya melepaskan kenderaan itu namun dia khuatir kenderaan itu akan terbiar tanpa diselenggara dengan baik di bawah jagaannya, kongsi mStar.

    “Sebenarnya kami sudah lama ingin menjualnya kerana sudah jarang digunakan, kami khuatir kereta ini akan rosak dan terabai,” kata Rizky Billar.

    Menerusi temu bual di saluran Youtube Intens Investigasi, Rizky menjelaskan dia memang sudah lama ingin menjual kenderaan mewahnya itu.

    Dalam pada itu, berita penjualaan kenderaannya menarik perhatian ramai warganet di media sosial.

    Malah ada beberapa pihak turut mengaitkan pelakon Jodoh Wasiat Bapak Bapak 2 itu sedang mengalami kegawatan ekonomi hingga terpaksa menjual keretanya itu.

    “Mesti dia jual kereta sebab tak ada duit sebab ada banyak kereta kan? tak mampu nak bayar rasanya,” komen warganet. – Agensi

    Rizky sedih lepaskan Ferrari kuning. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda