Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    RM100 juta disediakan bagi penubuhan koperasi dalam sektor agromakanan

    PAPAR, 21 APRIL – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan peruntukan RM100 juta bagi membiayai penubuhan koperasi yang terlibat dalam sektor agromakanan.

    Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata pembiayaan menerusi Tabung Modal Pusingan yang dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu merupakan inisiatif kerajaan melalui kementerian berkenaan untuk membantu menangani kekurangan bekalan.

    “Justeru, saya menggalakkan masyarakat dapat memulakan penubuhan koperasi setempat untuk terlibat dalam aktiviti pertanian, penternakan, perladangan dan aktiviti lain di bawah sektor agromakanan.

    “Penubuhan koperasi yang terlibat dalam sektor agromakanan boleh membantu rantaian bekalan dan keterjaminan makanan negara,” katanya menerusi kenyataan selepas melawat tapak ternakan ayam yang dibangunkan oleh Koperasi Kinabalu Lestari Berhad (KOKINA) di Kinarut dekat sini hari ini.

    Beliau berkata, syarikat itu telah memulakan pembinaan kandang ternakan ayam pedaging dengan kos RM450,000 menggunakan syer anggotanya dan dijangka memulakan kitaran pertama ternakan pada Julai ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...