Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    RM191 juta peruntukan untuk kebajikan tahun ini

    TAWAU, 12 FEB – Kerajaan Sabah menyediakan RM170 juta dana perbekalan serta RM21 juta dana pembangunan bagi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah pada tahun ini.

    Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata dana berkenaan adalah khusus untuk memberi perhatian kepada usaha menaik taraf pelbagai infrastruktur kebajikan dan aspek bantuan kebajikan.

    “Hal ini antaranya, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan yang wajar diberi perhatian termasuk golongan warga emas yang menghuni rumah warga tua di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu beliau menghadiri Sambutan Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS) bagi meraikan 40 penghuni Rumah Warga Tua di Jalan Air Panas di sini hari ini.

    Sementara itu, Nizam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas turut mahu lebih banyak usaha daripada badan bukan kerajaan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.

    “Kita menyokong inisiatif PJKHRS ini yang dapat mendidik golongan belia lebih menghormati dan tampil meraikan golongan warga emas di sini untuk menggembirakan mereka,” katanya lagi. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...