Friday, November 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rokok bernilai lebih $1 juta berjaya dirampas

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKED

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) berjaya mematahkan kegiatan menjual barangan tegahan berupa rokok bernilai lebih $1 juta baru-baru ini.

    Gerakan operasi JKED diketuai oleh Bahagian Penguat kuasa Undang-undang telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun di Kampung Pengkalan Batu pada 11 Januari lalu.

    Menurut kenyataan dikeluarkan JKED di sini, lelaki itu dicekup di Jalan Panchor Murai atas kesalahan memiliki sejumlah 12,160 karton rokok, 269 paket dan 80 batang rokok pelbagai jenis serta wang tunai $2,331 yang dipercayai hasil kegiatan penjualan barang tegahan kastam tersebut.

    Tangkapan itu merupakan yang terbesar dengan nilai cukai berjumlah $1,145,934.

    Menurut kenyataan dikeluarkan JKED di sini, lelaki itu ditahan di Jalan Panchor Murai atas kesalahan memiliki sejumlah 12,160 karton rokok, 269 paket dan 80 batang rokok pelbagai jenis serta wang tunai $2,331 yang dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang kesalahan kastam, dengan nilai cukai berjumlah $1,145,934.

    Keseluruhan kotak yang mengandungi rokok bernilai lebih $1 juta yang dirampas daripada simpanan seorang lelaki warga asing di Kampung Pengkalan Batu.
    Karton yang mengandungi pelbagai jenis rokok yang dirampas semasa operasi pegawai penguat kuasa di Kampung Pengkalan Batu.

    Kesemua barang terbabit telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-undang untuk siasatan lanjut.

    JKED menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara ini dan menghindari daripada melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan kastam.

    Memiliki barang-barang tegahan kastam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

    Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsi maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan kastam dengan menghubungi talian utama JKED, 8714422/8721422 atau pejabat kastam yang berdekatan.

    Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda