Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rolls-Royce bekalkan X-FAB Sarawak 4 unit DUPS

    KUCHING, 19 MAC – Rolls-Royce telah membekal dan mentauliahkan empat unit bekalan kuasa tidak terganggu dinamik (DUPS) Mtu Kinetic PowerPacks kepada X-FAB Sarawak.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Rolls-Royce berkata unit DUPS itu menjamin beban kuasa kritikal bagi operasi di tapak pembuatan X-FAB di Kuching, yang menghasilkan wafer semikonduktor untuk aplikasi automotif, industri dan perubatan.

    Pengurus Projek Rolls-Royce Solutions Asia Pte Ltd, Bryan Foo, berkata Mtu Kinetic PowerPacks direka bentuk untuk berfungsi dengan lancar di bawah pembekalan kuasa yang paling mencabar.

    “Unit itu menyediakan kuasa dengan segera dan berkualiti tinggi melalui penggunaan tenaga kinetik.

    “Unit-unit berkenaan juga menghapuskan keperluan untuk penggunaan bateri dalam konfigurasi UPS standard, memberi kesan yang jauh lebih kecil dan mesra alam kerana jangka hayat peralatannya lebih 20 tahun dan keupayaannya untuk menggunakan bahan api yang mampan seperti HVO (Minyak Sayuran Hidroterapi), ” katanya.

    Foo berkata, empat unit Mtu Kinetic PowerPacks yang dipasang menghasilkan kuasa voltan sederhana, konfigurasi sistem selari yang menawarkan 2000 kVA (1600kW).

    “Ia bagi menggantikan unit-unit DUPS yang lebih lama dan sedia ada daripada pengeluar berbeza yang mengalami masalah berterusan dengan kehilangan beban kritikal daripada salur kuasa,” katanya.

    Jurutera Projek Rolls-Royce Solutions Asia Pte Ltd, Elvenrey Rios, berkata sokongan beban kritikal yang boleh dipercayai daripada Mtu Kinetic PowerPacks sedia ada telah menyebabkan X-FAB memilih Rolls-Royce untuk unit tambahan itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda