Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rombongan KHEU sertai persidangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh dan Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Awang Muhammad Yussof bin Abdul Majid kelmarin menghadiri Persidangan Dakwah Kebangsaan ‘Cabaran dan Peranan NGO Islam’ yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

    Rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam pada Rabu petang.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Ketua Unit Antarabangsa dan MABIMS, Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU, Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail.

    Persidangan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu adalah sebagai satu usaha mencari penyelesaian kepada cabaran, isu dan masalah yang dihadapi umat Islam terutamanya Islamofobia, penyebaran risalah Islam dan kemiskinan menerusi platform forum, syarahan dan ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka dari dalam dan luar negara. Di akhir persidangan itu nanti, satu rangka strategi dan kerjasama strategik di kalangan NGO Islam akan digubal.

    Persidangan berkenaan merupakan kerjasama antara PERKIM Kebangsaan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Dakwah Islam Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dan tiga buah institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

    Kehadiran wakil-wakil dari KHEU ke persidangan tersebut adalah sebagai pemerhati.

    Dua orang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama berlepas ke Malaysia baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...