Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo mahu jadi presiden CBF

    BRASILIA, 18 DIS – Legenda Brazil, Ronaldo, mengesahkan hasratnya untuk menjadi presiden badan induk bola sepak negara itu bagi menangani ‘krisis mendalam’ yang sedang melanda sukan tersebut di peringkat kebangsaan.

    “Saya mempunyai ratusan motivasi, tetapi saya rasa yang terbesar adalah untuk mengembalikan rasa hormat seluruh dunia kepada bola sepak Brazil,” katanya dalam satu wawancara pada Isnin bersama laman web Globoesporte.

    Ronaldo menyatakan hasratnya untuk menjadi ‘alternatif bagi perubahan yang signifikan’ sebagai calon presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).

    Dikenali sebagai ‘O Fenomeno’ (Fenomena), bekas pemain berusia 48 tahun itu mahu menggunakan jawatan presiden CBF untuk membantu pasukan kebangsaan Brazil kembali ke era kegemilangan sebagai juara dunia lima kali.

    “Selecao perlu mengembalikan prestijnya. Saya akan melakukan segalanya supaya para pemain memahami kepentingan sejarah bermain untuk pasukan kebangsaan,” kata Ronaldo. Pemain itu menjaringkan kedua-dua gol ketika Brazil menewaskan Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2002 di Jepun dan pernah dua kali memenangi Ballon d’Or. – AFP

    Ronaldo semasa perlawanan persahabatan bersama legenda Flamengo Brazil dan Inter Milan Itali sebagai perlawanan perpisahan bekas pemain Brazil, Adriano, di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, pada 15 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda