Saturday, December 28, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Terbuka Gawai Dayak bakal pamer keunikan kaum Iban

    KUCHING, 26 APRIL – Persatuan Pelancongan Sarawak (STF) akan menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 9 hingga 11 Jun ini di Rumah Panjang Matop di bahagian Betong.

    Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata Rumah Matop dipilih kerana ia masih mengekalkan struktur binaan asal yang menggunakan  kayu belian dan dibina pada 1941.

    “Semasa acara itu nanti, tetamu akan diberi sambutan secara tradisional oleh komuniti setempat diketuai Tuai Rumah Anyie Rajit, mengenai sejarah Rumah Matop.

    “Ini diikuti upacara tradisi Miring, serta persembahan tarian ngajat. Pengunjung juga boleh merasai makanan dan minuman tradisional Iban, termasuk tuak, ayam pansuh, pulut, daging barbeku dan banyak lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Menurut Gerald turut diadakan perarakan Gawai di pekan Betong bersama komuniti setempat, pameran kraf tangan dan hasil seni penduduk tempatan.

    Sementara itu, Presiden STF Audry Wan Ullok berkata tujuan rumah terbuka itu diadakan bagi mempromosikan kepelbagaian budaya selain mempamerkan tradisi dan adat resam yang unik di Sarawak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda