Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Rundingan perjanjian plastik global diteruskan

    OTTAWA, 22 APRIL – Perunding dari 175 buah negara mulabermesyuarat esok di Kanada untuk memeterai perjanjian global bagi menamatkan pencemaran plastik dengan banyak isu yang perlu diselesaikan lima bulan selepas rundingan pusingan terakhir di Kenya.

    Negara-negara pada tahun 2022 bersetuju untuk memuktamadkan pada akhir tahun ini perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang pertama di dunia untuk menangani masalah plastik yang ditemui di merata tempat bermula dari puncak gunung hingga ke lautan, termasuk kehidupan manusia.

    Perunding telah bertemu tiga kali dan dijangka, selepas rundingan Ottawa, akan mengadakan pusingan akhir rundingan di Korea Selatan.

    Pertemuan sebelumnya di Nairobi November lalu adalah peluang pertama untuk membahaskan draf perjanjian yang menggariskan laluan untuk menangani masalah itu. Ia berakhir dengan perselisihan pendapat mengenai skopnya dan pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar mengenal pasti kekurangan kemajuan yang kukuh.

    “Kami mempunyai teks, ia adalah asas walaupun masih banyak kerja yang perlu dilakukan mengenainya,” kata Menteri Alam Sekitar dan hos rundingan Kanada, Steven Guilbeault kepada AFP.

    Menurutnya, matlamat pusingan itu adalah untuk ‘mencapai teks dengan 60 hingga 70 peratus elemen disokong’ oleh perwakilan yang bermesyuarat sehingga 29 April.’

    Risikonya adalah tinggi, dengan pencemaran plastik yang berleluasa yang mempunyai potensi kesan yang serius terhadap lautan dan iklim.

    Walaupun terdapat konsensus yang luas mengenai keperluan untuk perjanjian, aktivis alam sekitar yang merayu untuk mengurangkan 75 peratus dalam pengeluaran plastik menjelang 2040 adalah bertentangan dengan negara pengeluar minyak dan industri plastik itu sendiri yang memihak kepada kitar semula. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...