TALLINN, ESTONIA, 3 APRIL – Senjata nuklear taktikal Rusia akan ditempatkan berdekatan dengan sempadan Belarus dengan jiran NATO, kata duta Rusia ke Belarus kelmarin di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Barat berhubung perang Moscow di Ukraine.
Komen Duta Besar, Boris Gryzlov berikutan kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin baru-baru ini mengenai rancangan untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di wilayah jiran dan sekutu Rusia. Pengumuman itu merupakan usaha lain oleh pemimpin Rusia untuk mengugut ancaman nuklear bagi menghalang Barat daripada menyokong Ukraine.
Putin telah berkata bahawa pem-binaan kemudahan penyimpanan untuk senjata nuklear taktikal di Belarus akan disiapkan pada 1 Julai dan menambah bahawa Rusia telah membantu memodenkan pesawat perang Belarusia supaya mampu membawa senjata nuklear.
Kedua-dua jiran itu mempunyai perjanjian yang merangkumi hubungan ekonomi, politik dan ketenteraan yang rapat. – AP