Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Rusia lancar senjata angkasa lepas – Pentagon

    WASHINGTON, 22 MEI – Rusia dilaporkan berkemungkinan telah melancarkan senjata angkasa lepas dan menempatkannya di orbit yang sama dengan satelit kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata Pentagon.

    “Rusia melancarkan satelit ke orbit rendah bumi yang kami anggap berkemungkinan senjata angkasa lepas yang mungkin mampu menyerang satelit lain di orbit rendah Bumi,” kata jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Tentera Udara, Pat Ryder pada taklimat akhbar lewat kelmarin.

    Ryder menambah bahawa Washington akan terus memantau keadaan dan bersedia untuk melindungi kepentingannya.

    “Kami mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa bersedia melindungi dan mempertahankan domain angkasa dan memastikan sokongan berterusan dan tidak terputus kepada Angkatan Bersama dan Gabungan,” katanya.

    Moscow awal kelmarin menuduh AS cuba untuk menyimpan senjata di angkasa lepas selepas Washington menolak cadangan pengembangan senjata Rusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    “Mereka sekali lagi telah menunjukkan bahawa keutamaan sebenar mereka dalam bidang kawasan angkasa lepas bukan bertujuan untuk memastikan ruang bebas daripada sebarang jenis senjata, tetapi meletakkan senjata di angkasa dan menjadikannya arena untuk konfrontasi ketenteraan,” jurucakap kementerian luar Rusia, Maria Zakharova berkata dalam satu kenyataan. – AFP

    Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Q Brown Jr bercakap pada sidang akhbar di Pentagon pada 20 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...