Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

Rusuhan: Skuad B-16 Malaysia beraksi di stadium kosong

KUALA LUMPUR, 3 OKT – Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) Malaysia akan menamatkan baki tiga perlawanan Kumpulan B saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia di stadium kosong, susulan insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, baru-baru ini.

Ia selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan kesemua aksi Kumpulan B terdiri daripada pasukan tuan rumah, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Guam di Stadium Pakansari di Cibinong akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Keputusan itu dibuat sebagai menghormati pihak terkesan dengan tragedi berdarah yang mengorbankan lebih 150 orang dalam rusuhan selepas pertembungan ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu lepas.

“Dengan ini, Kualifikasi Piala Asia U17 2023 resmi dilaksanakan tanpa penonton.

“Sistem refund (bayaran balik) akan dibuat bagi yang sudah (kepada mereka yang telah) membeli tiket,” menurut hantaran Facebook rasmi PSSI hari ini.

Skuad B-16 kebangsaan kendalian Osmera Omaro bermula cemerlang di Bogor selepas membenam Palestin 4-0 pada aksi pembukaan Sabtu lepas dan dijadual bertemu Guam (5 Oktober) diikuti UAE (7 Oktober) dan Indonesia pada 9 Oktober.

Hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik layak ke Piala Asia B-17 2023. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -