Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah perkasa belia melalui pelbagai program

    KOTA KINABALU, 12 OGOS – Kerajaan Sabah akan terus melaksanakan pelbagai program yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan ekonomi belia, termasuk menyediakan latihan dan kursus kemahiran untuk memperkasa golongan tersebut, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Katanya agenda pembangunan modal insan khususnya golongan muda akan terus diberi penekanan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama.

    “Sehubungan itu, saya mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama dalam usaha memperkasakan belia Sabah.

    “Semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat perlu berganding bahu untuk mencipta peluang dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh belia,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah, Sidang Kedua, Penggal ke-34, Tahun 2022-2024 hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin.

    Hajiji berkata belia adalah generasi masa depan yang akan meneruskan legasi pembangunan negeri, berperanan sebagai ejen perubahan, pencipta dan pemimpin masa hadapan.

    “Adalah penting untuk kita memberikan mereka platform yang sesuai untuk berkembang dan memberi sumbangan. Dengan sokongan yang tepat, belia dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya negeri kita,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda