Wednesday, February 5, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sam Asghari ugut Britney Spears

    Pendedahan Sam Asghari mendakwa penyanyi Britney Spears berlaku curang dengan seorang pembantu rumah menarik perhatian peminat dan warganet.

    Gara-gara isu berkenaan, DailyMail melaporkan hubungan pasangan itu menjadi semakin panas sehingga membuatkan mereka bertengkar teruk.

    Tidak hanya terhenti disitu, Asghari pula dikatakan cuba mengubah kandungan penjanjian perkahwinannya bersama Britney.

    Dia menuntut penyanyi berusia 41 tahun itu membayar sejumlah wang yang lebih besar berbanding apa yang telah dipersetujui sebelum berkahwin.

    Wang tersebut diberi bagi memastikan rahsia Britney tersimpan rapi.

    Sam Asghari dikatakan cuba mengubah perjanjian perkahwinan. – Daily Mail

    Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui oleh Britney.

    Malah Britney juga menganggap perkara itu sebagai ugutan yang tidak sepatutnya berlaku dalam perkahwinan.

    “Itu adalah ugutan dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

    Beberapa hari lalu, Britney dan Asghari mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

    Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu.

    Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008.

    Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dikeluarkan pada 2021. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda