Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari GIS meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Sambutan Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) 2023 berakhir de-ngan pelbagai pameran dan aktiviti menarik anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

    Sambutan berkenaan dimeriahkan dengan Cabaran GIS Go! yang merupakan kali pertama dianjurkan oleh Jabatan Ukur di mana 13 kumpulan yang terdiri daripada 26 orang telah mengikuti pertandingan itu.

    Hadir merasmikan GIS Go! ialah Pemangku Juruukur Agung, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Ibrahim.

    GIS Go! ialah permainan berkonsepkan treasure hunt di mana peserta perlu mencari petunjuk atau menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan sebelum mara ke pusingan seterusnya.

    Manakala Cartographic Creations merupakan siri pertandingan melukis peta mengikut kreativiti peserta berdasarkan peta yang telah disediakan oleh pihak jabatan. Ianya telah dibukakan kepada orang ramai dan disertai oleh sembilan peserta.

    ATAS & BAWAH : Antara aktiviti menarik yang dianjurkan semasa sambutan Hari GIS 2023 yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN UKUR
    GAMBAR SERAHAN JABATAN UKUR

    Hari GIS ialah acara tahunan bagi memperkenalkan GIS serta membarigakan kepada orang ramai tentang geografi. Bersempena tema pada tahun ini Celebrating the GIS Profesional, Jabatan Ukur telah mengadakan sesi taklimat pada 15 November untuk berkongsi pencapaian jabatan serta menggalakkan orang ramai bagi menggunakan teknologi GIS.

    Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti cabaran GIS GO! dan Cartographic Creations oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak. Untuk cabaran GIS Go!, tempat pertama dimenangi kumpulan Geo Explorers, tempat kedua oleh kumpulan The Barbossa Brothers sementara tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Matcha.

    Seterusnya pertandingan Cartographic Creations bagi Kategori 1 (tujuh hingga 12 tahun) dimenangi oleh Dayang Nur Qistina Batrisya, tempat kedua dimenangi oleh Dayangku Siti Nur Insyirah Az-Zahra manakala Riyaaz meraih tempat ketiga.

    Bagi Kategori 2 (13 hingga 18 tahun) pula, tempat pertama dimenangi oleh Dayang Rasyiqah Syazana binti Mohamad, tempat kedua Dayangku Nur Zaqirah dan tempat ketiga dimenangi Akmal Batrisya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...