Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sambutan hari raya sebagai tanda penghargaan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) yang merangkumi Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di sini, hari ini.

    Majlis itu menyaksikan kehadiran Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku penasihat-penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, menteri-menteri kabinet lain, perwakilan negara-negara sahabat, ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, serta ahli-ahli jawatankuasa penasihat syariah.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan daripada sektor kerajaan dan swasta, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, institusi-institusi kewangan, pegawai-pegawai akademik, organisasi bukan kerajaan, klien, rakan-rakan kongsi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan individu-individu.

    Kehadiran para jemputan pada majlis berkenaan telah dialu-alukan oleh pengurusan kumpulan syarikat termasuk Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed; dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Haji Mohd Yusreza bin Haji Mohd Yussin.

    Sambutan hari raya berkenaan merupakan sebagai bukti komitmen berterusan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB untuk memupuk dan mengekalkan hubungan mantap dengan pihak-pihak berkepentingan dan kakitangannya.

    Ia juga merupakan sebagai sebuah platform untuk merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan dan pertumbuhan kumpulan berkenaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir pada majlis berkenaan dan memandang ke hadapan kepada kolaborasi dan kerjasama pada masa akan datang.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar turut hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara tetamu jemputan yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...