Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Raja Ilya buat laporan polis tempahan penginapan dibatalkan

    Pelakon Raja Ilya tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu ejen penginapan yang berdaftar dengan sebuah platform pelancongan digital.

    Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, mendakwa pihak berkenaan membatalkan tempahan mereka tanpa sebab munasabah namun gagal mengembalikan wang yang sudah dibayar untuk tempoh seminggu.

    “Saya buat laporan polis ini bagi pihak semua orang yang pernah ditipu.

    “Saya mahukan keadilan, saya tak izinkan duit saya diambil 100 peratus padahal pihak awda yang membatalkan tempahan tersebut,” katanya.

    Memetik laporan mStar, Ilya berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

    Pelakon itu juga turut menunjukkan laporan yang dibuat terhadap ejen berkenaan di sebuah balai polis di ibu negara.

    Berkongsi mengenai insiden tersebut, Ilya memberitahu pihak berkenaan membatalkan tempahannya hanya disebabkan dia lewat mendaftar masuk.

    Kata Ilya, perkara itu tidak munasabah kerana dia sudah pun membuat bayaran penuh dan merasakan polisi yang dibuat tidak masuk akal dan cuba mengambil kesempatan terhadap pelanggan. – Agensi

    Raja Ilya membuat laporan polis terhadap ejen yang berdaftar dengan sebuah platform pelancongan digital. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...