Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah dengan tema tahun ini Akal Sihat Dengan Al-Quran akan berlangsung pada hari Isnin 17 Mac bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pukul 9 malam.
Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS dan imagine Sdn Bhd.
Antara pengisian acara ialah pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah dan keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah.
Majlis akan diserikan dengan persembahan peserta terbaik bagi setiap kategori.
