Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sampai Hati!

    BANGKOK, 6 OKT – Seorang bekas pegawai polis menembak sekurang-kurangnya 37 orang, kebanyakannya kanak-kanak, apabila dia menyerbu sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Thailand hari ini, salah satu kejadian pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di negara itu.

    Selepas menyerang pusat tersebut, penyerang yang dikenali sebagai Panya Khamrab pulang ke rumah dan membunuh isteri dan anaknya sebelum membunuh diri, menurut kenyataan polis.

    Khamrab, yang bersenjatakan senapang patah, pistol dan pisau, melepaskan tembakan di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu, kira-kira 12:30 tengah hari.

    Kolonel Polis, Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah tempat serangan itu berlaku memberitahu AFP bahawa lelaki bersenjata itu membunuh 37 orang, termasuk 24 orang kanak-kanak dan mencederakan 12 lainnya.

    Bekas pegawai polis berusia 34 tahun itu telah dipecat dari pasukan polis tahun lalu kerana penyalahgunaan dadah, tambah Vijitraithaya.

    Imej yang diambil daripada sebuah video menunjukkan pegawai polis memasuki kawasan kejadian serangan bersenjata di pusat penjagaan kanak-kanak yang meragut kira-kira 37 jiwa. Gambar sisipan menunjukkan Khamrab yang melakukan serangan ke atas pusat penjagaan tersebut. – AFP

    Bekas pegawai polis berusia 34 tahun itu telah dipecat daripada pasukan polis tahun lalu kerana penyalahgunaan dadah, tambah Vijitraithaya.

    Seorang saksi yang enggan memberikan namanya mengatakan, “Guru yang mati, memangku seorang kanak-kanak,” katanya kepada televisyen Kom Chad Luek di tempat kejadian.

    Seorang lagi saksi, Paweena Purichan, 31, sedang menunggang motosikal menuju ke kedainya apabila dia terserempak dengan Panya yang cuba melarikan diri.

    “Dia cuba melanggar saya di jalan bertentangan,” dia memberitahu AFP. “Penyerang itu melanggar sebuah motosikal dan dua orang mengalami kecederaan. Saya sempat mengelak daripada dilanggar.”

    Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera yang masih berkhidmat menembak mati dua orang rakan sekerjanya di pangkalan latihan di ibu kota, Bangkok.

    Meskipun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata api yang tinggi, namun kejadian tembakan beramai-ramai jarang berlaku.

    Tetapi tahun lalu, terdapat sekurang-kurangnya dua lagi kes pembunuhan tembakan oleh tentera, menurut Bangkok Post. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...