Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Verstappen harapkan hujung minggu sempurna

    SUZUKA, JEPUN, 6 OKT – Max Verstappen berkata hari ini dia memerlukan ‘hujung minggu sempurna’ untuk memenangi kejohanan Formula Satu kedua berturut-turut pada Grand Prix Jepun hujung minggu ini.

    Pemimpin kejohanan Red Bull itu boleh menjamin kejuaraan di Suzuka sekiranya dia meraih lapan mata di depan pencabar terdekat, Charles Leclerc dari Ferrari dan enam di depan rakan sepasukan, Sergio Perez.

    Ia akan berlaku sekiranya Verstappen memenangi perlumbaan dan mencatat pusingan terpantas, atau sekiranya dia berakhir di tempat pertama dan Leclerc menduduki lebih rendah daripada tempat kedua.

    Pemandu Belanda itu berusaha tidak terlalu memikirkan mengenai kemenangan kejuaraan, meskipun 12 juara dunia Formula Satu sebelumnya pernah merangkul mahkota pada Grand Prix Jepun.

    “Adalah bagus jika ia berlaku di sini, tetapi jika ia tidak berlaku di sini, saya yakin akan peroleh kejuaraan pada perlumbaan akan datang,” kata pemandu berusia 25 tahun itu, yang terlepas peluang untuk memenangi kejohanan pada Grand Prix Singapura minggu lalu setelah menduduki tangga ketujuh.

    “Ia tidak mengubah apa-apa, awda hanya mahu menikmati hujung minggu yang baik dan memaksimumkan segala-galanya.

    “Saya memerlukan hujung minggu yang sempurna untuk membolehkan saya merangkul kejuaraan di sini tetapi secara terus-terang saya tidak terlalu memikirkannya.”

    Verstappen akan menjadi pemandu ketiga selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vettel yang meraih kejuaraan dengan berbaki empat perlawanan sekiranya dia berjaya mencatat kejayaan di Suzuka.

    Perlumbaan Grand Prix Jepun kembali selepas digantung selama tiga tahun akibat COVID dan Verstappen teruja untuk bersaing di depan peminat Jepun sekali lagi.

    Kereta Red Bull Verstappen akan mempunyai logo Honda pada perlumbaan hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada ‘hubungan baik’ dengan syarikat Jepun itu. – AFP

    Max Verstappen bercakap kepada media sebelum Grand Prix Formula Satu Jepun di Litar Suzuka di Suzuka, Jepun kelmarin. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...