Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung Galaxy J3 Prime bajet

    BERIKUTAN pelancaran telefon pintar Galaxy S8 dan Galaxy S8+, Samsung hujung bulan lalu telah melancarkan telefon pintar bajet Galaxy J3 Prime yang didatangkan terus dengan Android 7.0
    Nougat.

    Dilancarkan di Amerika Syarikat, Samsung Galaxy J3 Prime menonjolkan paparan HD (720×1280 piksel) 5 inci dan dikuasakan dengan SoC Exynos 7570 empat teras berkelajuan 1.4GHz yang dipadankan dengan RAM 1.5GB.

    Peranti ini didatangkan dengan storan dalaman 16GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB).

    Untuk mengambil gambar, Galaxy J3 Prime dilengkapi kamera belakang 5MP dengan apertur f/1.9 dan ka-mera depan 2MP. Dengan dimensi 139.7×69.85×8.89mm dan berat 148g, Galaxy J3 Prime disokong dengan bateri 2600mAh.

    Pilihan sambungannya pula termasuk Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, USB, LTE, GPS, dan Bluetooth 4.1.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda