Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak catat peratusan vaksinasi kanak-kanak tertinggi

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Sarawak mencatat peratusan vaksinasi kanak-kanak tertinggi dengan hampir 70 peratus mereka yang berusia lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan dos pertama menerusi Program Imu-nisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pencapaian itu diperoleh hasil daripada usaha kerajaan negeri yang bersungguh membuat lawatan ke sekolah dan pusat pemberian vaksin (PPV) untuk memberi suntikan vaksin COVID-19kepada kanak-kanak yang tidak mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

    “Walaupun di Semenanjung kita guna kaedah janji temu, tempahan dan juga offsite, tapi keadaan di Sarawak adalah berlainan. Kalau lihat data dalam COVIDNOW, dan inilah yang terbaik.

    “Malah saya telah buat lawatan ke Sarawak pada 9 dan 10 Februari dan melihat sendiri begitu rajin dan komited mereka menjalankan kerja walaupun kebanyakan pelajar ini tidak ada dalam pendaftaran MySejahtera,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda