Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak eksport nanas ke Singapura

    KUCHING, 17 FEB – Kumpulan pertama sampel 300 biji nanas Sarawak yang dieksport tiba di Singapura awal minggu ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Chew Chang Guan berkata sampel buah nanas itu telah pun berada dengan peniaga tempatan untuk mereka uji jualannya pasaran.

    Beliau berkata permintaan untuk buah-buahan segar di Singapura masih tinggi dan pengantaraan percubaan ini telah berjaya dilakukan dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Harvest Prime Enterprise yang bekerjasama dengan penanam tempatan di Tanjung Manis.

    “Penerbangan secara terus adalah penting untuk kedua-dua industri pelancongan dan pembangunan perdagangan antara Singapura dan Sarawak.

    “Dengan adanya penerbangan terus baru AirAsia dari Sibu ke Singapura, membolehkan penghantaran hari yang sama secara terus dari pembekal kepada pemborong kami di Singapura,” kata-nya dalam satu kenyataan hari ini.

    Chew berkata kajian STATOS mendapati buah nanas MD2 hibrid Sarawak merupakan pilihan terbaik untuk percubaan itu, kerana ia agak popular dengan pembeli, namun kekurangan bekalan.

    Beliau berkata nanas MD2 Sarawak terkenal dengan kemanisan dan keenakannya rendah kadar asid dan mempunyai warna keemasan menarik. – Bernama

    Nanas MD2 Sarawak terkenal dengan kemanisan dan keenakannya rendah kadar asid dan mempunyai warna keemasan yang menarik. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda