Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sasar lebih ramai pelancong Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Selain merancang untuk memberi tumpuan kepada kempen pengiklanan dan promosi bersama rakan kongsi, pelbagai program akan diteruskan lagi tahun ini dengan mengadakan lebih banyak seminar, fam trips dan penyertaan dalam pameran.

    Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Pelancongan Malaysia di Brunei Darussalam, Hazrina Azman pada ‘Cuppa Coffee Exclusively with Tourism Malaysia’ bersama dengan penggiat industri dan pengamal media tempatan di sebuah restoran di Batu Bersurat, hari ini.

    Selain itu, beliau turut mengongsikan jumlah kemasukan pelancong Brunei ke Malaysia sehingga September 2022 yang menunjukkan pertumbuhan positif seramai 87,038 dengan anggaran penerimaan sebanyak RM204 juta.

    “Ini berbanding hanya 773 ketibaan pada tahun 2021 dan 136,020 ketibaan pada tahun 2020,” jelasnya.

    Beliau menambah, tahun ini, Pelancongan Malaysia menyasarkan 816,200 ketibaan dari Brunei dengan anggaran penerimaan RM1.9 bilion dan berharap lebih banyak kerjasama dan inisiatif perkongsian pintar yang memberi manfaat kepada semua.

    Acara tersebut antara lain bertujuan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan penggiat industri, badan-badan korporat dan pengamal media di negara ini yang menyumbang kepada industri pelancongan di Malaysia.

    Peluang ini juga diambil untuk memberigakan perancangan Pelancongan Malaysia bagi tahun 2023 dalam usaha menggiatkan lagi kemasukan pelancong dari Brunei ke Malaysia.

    Acara itu diselajurkan dengan ucapan perpisahan kepada Timbalan Pengarah, Hajah Latifah Dato’ Haji Ismail yang akan kembali ke Ibu Pejabat di Putrajaya pada 24 Februari ini setelah bersama Pelancongan Malaysia Brunei selama lima tahun.

    Hazrina bergambar ramai bersama penggiat industri dan pengamal media.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...