Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu maut, 10 cedera serangan di kolej

    HELSINKI, 1 OKT – Seorang maut manakala 10 lagi cedera dalam satu serangan di sebuah kolej vokasional di timur Finland hari ini, kata polis, tatkala media tempatan memetik saksi sebagai berkata seorang lelaki muda bersenjatakan pedang telah meluru masuk ke dalam sebuah bilik darjah.

    Penyerang disyaki itu, yang telah ditahan, adalah antara mereka yang cedera di bandar Kuopio, kata polis.

    “Pegawai menggunakan senjata api dalam situasi tersebut. Polis telah menahan seorang penyerang. Mangsa cedera telah dipindahkan,” kata polis Finland Timur dalam satu kenyataan.

    Laporan saksi dalam media Finland berkata penyerang merempuh masuk sebuah bilik darjah di Kolej Vokasional Savo pada pagi ini.

    “Dia menyerang seorang budak perempuan di leher dengan pedang dan menikamnya di perut,” beritahu seorang saksi kepada akhbar Keskisuomalainen. Penyerang juga melontar ‘beberapa butir bom api kecil’, kata saksi.

    Seorang lagi saksi, Roosa Kokkonen, yang bekerja di sebuah garaj kereta bertentangan dengan kolej, memberitahu TV Finland MTV bahawa seorang guru dengan darah mengalir dari tangannya berlari keluar dari bangunan.

    “Ketika saya membantu guru-guru, saya mula terdengar orang lain menjerit meminta

    tolong. Pelajar-pelajar berlari keluar dan masuk ke dalam garaj saya,” beritahu Kokkonen kepada MTV News.

    Polis berkata dua mangsa cedera dalam keadaan serius. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda